Forex itu Halal??? Betulkah?? ataupun sebaliknya.....

. . No comments:


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.....

Setelah lama berdiam diri dalam mengarang di blog saya ni... hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Hukum Forex yang sebenarnya dan adakah ia Halal atau Haram... Setiap orang yang berkecimpung dalam bidang Forex ni selalunya akan mempertahankan Forex itu sendiri dengan bermacam-macam alasan tanpa ingin mendengar penjelasan sebenar berhubung perkara tersebut.....  

Jom kita buat kajian sedikit....

Kenapa saya ingin berkongsi tajuk ini dengan anda???

Menarik soalan ni...

Ini kerana sebelum ini saya memang betul2 berminat untuk membuat pelaburan dalam bidang Forex ni... saya tahu ia membawa keuntungan yang sangat lumayan sehingakan kawan2 saya boleh beli rumah dan kereta mewah dengan bayaran cash je... Baru umur 20an pulak tu.... Hebat kan... Tapi risikonya sangat tinggi... Kita macam berjudi plak.... hehe... sori ye... Tapi inilah yang selalu diakatakn oleh Pak Ustaz diluar sana pasal FOREX ini.... 

Selepas itu, saya rasa macam was-was pulak disebabkan ada kawan-kawan saya mengatakan haram... Jadi saya buatlah kajian dan bertanya ramai orang.. dan hasilnya, saya terjumpa artikel yang menarik ini untuk dikongsi bersama.

Apakah FOrex ?

Ia adalah singkatan bagi Foreign Exchange ataupun dalam bahasa melayu... pertukaran mata wang asing... contoh kita beli duit Dolar menggunakan RM. Kalau faham dan kena dengan caranya...mesti boleh buat duit....

Ini adalah beberapa petikan yang saya ambil dari http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/649-hukum-labur-a-berniaga-forex-forex-trading.html  mengenai FOREX, sumber ini adalah sahih dan anda boleh rujuk sendiri didalam laman webnya....

"Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.
Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-
a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :'

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم
Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai"  ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

b-  Nabi bersabda :-
فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-
نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا
Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)
Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.
FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga  kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.
Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Semoga penerangan dan pembacaan ini akan membuka mata anda berhubung dengan FOREX.

Anda boleh menelaah seberapa banyak info mengenai FOREX ini dan berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana....





Jika anda mempunyai idea yang ingin dikongsikan....

Sila bagi komen2 dan perbincangan dibawah...

Selamat membaca....



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana minat anda untuk memberi respons...

IKLAN PREMIUM A

IKLAN PREMIUM A
Pemborong pakaian kanak2 RM4.50

TRENDING

Followers

Total Pageviews

Pelawat Setia