Rawatan Menggunakan Rokok Resdung

. . 1 comment:
Rawatan Menggunakan Rokok Resdung





Barangan yang bernama 'Rokok Resdung' ini digunakan oleh sesetengah pihak dan penggunaannya, tidaklah begitu meluas. Ini kerana ia agak sukar didapati. Malahan, ramai yang kurang arif tentang cara penggunaannya. Ditambah lagi dengan cara pembuatannya yang menjadi 'misteri' kepada kebanyakan orang.

Sememangnya rokok resdung ini dapat membantu dalam menghilangkan permasalahan resdung dan jerawat. Wap asapnya yang panas dapat melancarkan liang rongga yang tersumbat serta mengeringkan jerawat dengan cepat. Jerawat yang kemerah-merahan yang terkena wap ini, akan mengecut. Wap ini juga bertindak untuk mengeringkan kulit wajah yang sangat berminyak. Namun begitu, ada pihak yang mengatakan apabila menggunakan rokok resdung ini, ulat-ulat resdung akan terkeluar dari rongga muka. Bagi saya,
 50% pernyataan itu betul dan 50% salah. 

Biar saya jelaskan: Habuk-habuk kuning yang timbul meliputi muka semasa / selepas melakukan rawatan ini adalah kesan dari lilin ramuan yang membaluti rokok resdung tersebut. Tetapi sekiranya anda perhatikan betul-betul, akan ada benda-benda halus seperti bulu roma disebalik lapisan habuk kuning itu. Untuk lebih jelas lagi, perhatikan dibahagian tengkuk selepas rawatan ini selesai dilakukan. Akan terkeluar begitu banyak bulu-bulu halus yang rapuh sedangkan rawatan tidak
dilakukan pada bahagian tengkuk! Sememangnya itu adalah ulat resdung yang mati kepanasan lalu terkeluar dari sarangnya. Oleh kerana rokok resdung menggunakan bahan yang panas, ia tidak keluar hidup.




Video diatas menunjukkan bagaimana rawatan menggunakan rokok resdung dilakukan. Sememangnya rokok resdung ini amat berkesan bagi merawat masalah resdung yang kronik tetapi; kebanyakkan pusat rawatan tidak menjual rokok resdung ini. Selalunya mereka mengenakan caj diantara RM30 hingga RM40 disetiap kali rawatan. Itu harga paling murah. 

Ada pusat rawatan yang mengenakan hingga RM60 disetiap kali rawatan! Dan harga sebegitu dikenakan dengan hanya menggunakan sebanyak 3-4 batang saja rokok resdung yang bersaiz sederhana! Di kedai perubatan tradisional pula, amat sukar didapati. Kalau ada sekalipun, saiznya sangat kecil dan dijual dengan harga yang agak mahal. Tetapi anda tidak boleh menuding jari menyalahkan mereka sepenuhnya kerana: bahan ini yang berkualiti elok ternyata memang susah didapati.

1 comment:

terima kasih kerana minat anda untuk memberi respons...

IKLAN PREMIUM A

IKLAN PREMIUM A
Pemborong pakaian kanak2 RM4.50

TRENDING

Followers

Total Pageviews

Pelawat Setia