Mengapa Anda Perlu Memiliki Blog

. . No comments:




MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BLOG ?

TIDAK KISAH SIAPA DIRI ANDA, WALAUPUN SEORANG TUKANG MASAK, PENULIS BUKU, PEGUAM, USTAZ, GURU, PEMANDU TEKSI, AHLI PERNIAGAAN, CEO, USAHAWAN INTERNET, PELAJAR, PESARA, DOKTOR, PETANI ATAU SESIAPA SAHAJA, BLOG MERUPAKAN SATU MEDIUM PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG AMAT BERKESAN.
IA DAPAT MENAMBAH KENALAN, BERKOMUNIKASI DENGAN SESIAPA SAHAJA DAN YANG PASTI, IA ADALAH SATU TEKNOLOGI DI INTERNET YANG BEGITU AMPUH SEKALI UNTUK DIGUNAKAN BAGI PELBAGAI TUJUAN DAN MATLAMAT. MAKA, ANDA PERLU MEMILIKI SEBUAH BLOG SENDIRI.
DENGAN HANYA MENULIS, SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT SELURUH DUNIA AKAN MEMBACA DAN TAHU APA YANG ANDA TULIS TERSEBUT ATAU MENGENALI DIRI ANDA! JIKA ANDA SEORANG USAHAWAN, SUDAH PASTI PRODUK ATAU SERVIS ANDA AKAN DIKETAHUI AKAN KEWUJUDANNYA OLEH RAMAI ORANG!
RAMAI YANG TELAH BERJAYA MEMBINA NAMA DAN MENGHASILKAN PENDAPATAN DENGAN HANYA MENGGUNAKAN BLOG. JIKA ANDA PERHATIKAN, BEGITU RAMAI USAHAWAN INTERNET MEMILIKI BLOG MEREKA SENDIRI BAGI BERKONGSI APAKAH YANG MEREKA LAKUKAN DAN MENYATAKAN APAKAH PRODUK KELUARAN MEREKA YANG TERKINI. JIKA ANDA SEORANG USAHAWAN INTERNET, TIDAK MEMILIKI BLOG ADALAH SATU KERUGIAN TERBESAR BAGI ANDA DAN PERNIAGAAN ANDA!
BLOG ADALAH SATU 'TOOLS' (TEKNOLOGI) YANG AMAT BERKUASA DI DALAM MENJANA PENDAPATAN ATAU MENDAPATKAN TRAFIK (PELAWAT, BAKAL PEMBELI) KE LAMAN WEB PERNIAGAAN INTERNET MEREKA. ANDA JUGA BOLEH MELAKUKAN SEPERTI MEREKA JIKA ANDA TAHU CARANYA..

BAGAIMANA NAK KUMPUL PEMBACA BLOG DAN TAMBAH PELAWAT





Tanpa pembaca blog umpama pohon yang rendang tanpa buah, sesuai ke dengan pepatah ini? Dalam membina blog, seboleh-bolehnya kita mahu ‘tangkap’ 1st time visitor yang ke blog kita untuk :
1.   Bookmark blog kita
2.   Like Fan Page
3.   Langgan Feedburner
4.   Komen artikel

Blog pertama saya dibina lebih kurang 3 tahun lepas menggunakan blogspot. Selepas syok sendiri mengubah template dan warna kemudian saya minta pendapat kawan untuk komen blog tersebut. Jawapannya mudah “Cam budak-budak je blog ko” .
Secara asasnya inilah beberapa perkara yang kita perlu tumpukan untuk blog kita untuk tangkap pembaca dan mula membina komuniti sendiri. Nombor 1,2,3 adalah perkara penting jika anda mampu untuk lakukan kepada 1st time visitor anda. Namun, bukan senang untuk melakukan perkara 1,2,3 itu lebih-lebih lagi kepada blog-blog baru dan anda masih kurang artikel dalam blog.

Jadi, sebelum membuat sebarang promosi blog pastikan telah ada beberapa artikel menarik dalam blog anda. Secara jujurnya saya jarang membaca blog-blog yang menceritakan mengenai kisah hidup (blog peribadi). Bagaimanapun, ada antara blogger yang pandai untuk menulis dan selitkan informasi berguna dalam setiap artikel yang berkait dengan kehidupan mereka.

Paparan blog juga memainkan peranan penting, pastikan pada ruangan artikel mudah untuk dibaca. Pada kebiasaannya background pada ruangan artikel adalah cerah (putih) dan tulisan hitam untuk memudahkan artikel dibaca. Disini jangan mementingkan citarasa sendiri tanpa memikirkan keselesaan pembaca. Tak perlu untuk menggunakan tulisan pada blog dengan pelbagai warna yang menampakan blog kita seperti “kebudakan”.




Jadi bagaimana untuk kita nak “tangkap” pembaca jika kali pertama mereka datang ke blog kita sudah tiada rasa kagum malah sebaliknya berlaku. Jadi pastikan blog simple,kemas dan mudah dibaca oleh pelawat.
Ada juga blogger yang menyarankan untuk tidak masukan apa-apa iklan pada 6 bulan / tahun pertama membuat blog. Hanya tumpukan kepada artikle dan kumpul pembaca sebanyak yang mungkin.
Sekarang saya andaikan blog anda dah mesra pembaca dan artikel pon dah banyak jadi kita teruskan kepada objektif utama iaitu ‘Membina Pembaca Blog’ .

1. Bookmark blog atau Artikel
Saya jarang untuk bookmark blog tapi  saya banyak bookmark artikel blog yang berkongsi tip-tip menarik. Jadi dari apa yang kita lakukan (bookmark blog orang), kita boleh kaji “Kenapa kita bookmark blog tu?” . Dari situ saya mendapat idea untuk menulis artikel di blog dan menyarankan pembaca untuk bookmark page tersebut.
Sebagai contoh yang saya lakukan  page ” Live Video Streaming “.

2. Like Facebook Fan Page
Buat masa ini walaupun telah banyak teknik yang saya cuba untuk mempromosikan artikel blog sebelum ini, facebook fan page adalah paling mudah dan memberi hasil yang positif kepada s2u.

Jadi langkah pertama bina facebook fan page untuk blog anda kemudian lengkapkan info-info asas serta masukan gambar disitu. Boleh bina facebook fan page disini.
Pada permulaan agak sukar untuk pelawat klik butang ‘like’ secara natural kerana jumlah like di fan page yang terlalu sedikit. Apa yang saya lakukan sebelum ini, saya  memaksa rakan-rakan terdekat untuk like secara paksa rela dan suggest to friends kepada semua 4000 rakan yang saya ada di facebook. Hasilnya dari 4000 hanya 800 yang klik like secara atau 20% sahaja akan like. Sebenarnya 100 atau 200 ratus sudah cukup untuk menarik minat pembaca lain like fan page anda.
Nota : Ada yang email kepada saya bertanya bagaimana saya lakukan popup keluar promosi facebook fan page.
Jawapan : Saya gunakan plugin wordpress popup scheduler.

3. Langganan Feedburner
Jika anda masih baru dalam bina blog secara mudahnya feedburner ini akan memberi ruang untuk pembaca langgan dengan emel kemudianya setiap kali anda kemaskini blog artikel akan sampai ke peti emel pembaca. Jadi rugilah anda kalau ada boleh tapi tak buat langganan melalui feedburner kepada pembaca anda.

Pastikan anda letak ruangan langganan ditempat yang paling atas pada sidebar atau ‘menampakkan’ ruangan langganan ini supaya mudah pelawat untuk masukan emel mereka. Jangan paparkan pada blog anda ‘feedcount (chicklet)’ jika jumlah subcriber anda kurang dari 50 orang.

Untuk kumpul 50 subcriber adalah sukar pada permulaanya. Apa yang saya lakukan pada awal-awal dulu ialah ‘subcriber exchange’. Saya cari blog-blog yang baru sama seperti saya, saya subcribe blog mereka dan mereka juga perlu subcribe blog saya. Jadi sama-sama menang.
Jadi apabila dah dapat kumpul 50-100 subscribers boleh la nak paparkan ‘feedcount’ anda dengan harapan pelawat akan subscribe juga kerana melihat telah ramai yang subscribe. Ini hanya untuk mengaburi mata.

4. Blog Komen
Untuk blog komen ini saya kurang arif mengenainya kerana artikel di selangor2u sendiri kurang dikomen mungkin saya kurang tumpukan pada bahagian ini. Berdasarkan pengamatkan saya di blog-blog yang memang jumlah komennya meletup apa yang mereka lakukan ialah masukan beberapa plugin, antaranya :
Dengan menggunakan 2 plugin ini, cuba untuk balas setiap komen yang dibuat pada artikel anda. Ini akan memberi ‘notification’ ke emel pengomen bahawa komennya di blog anda telah dibalas. Disini akan wujudnya ‘returning visitors’.
Untuk blogspot saya tidak ada pengetahun untuk kongsi dalam bab ini kerana telah lama tidak menjelajah blog yang dikuasakan oleh blogger.com
Selamat Mencuba!!!
Selepas anda berjaya melakukan perkara-perkara diatas anda dah tidak lagi perlu untuk mengharapkan dari teknik blog walking untuk mendapatkan pelawat ke blog anda. Ini kerana blog walking perlu mengambil masa yang banyak dan hasilnya tidak setimpal pada hemat saya.
Setiap pendapat saya diatas tidak semestinya terbaik dan langkah cuba jaya dengan teknik tersendiri mungkin lebih baik.



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana minat anda untuk memberi respons...

IKLAN PREMIUM A

IKLAN PREMIUM A
Pemborong pakaian kanak2 RM4.50

TRENDING

Followers

Total Pageviews

Pelawat Setia