#5 SEBAB MENGAPA MEMBELI HARTANAH DI USIA MUDA

. . No comments:
Masa terbaik untuk memulakan pelaburan hartanah ialah semasa  muda dan masih bujang!!! Hakikat ini perlu diakui  walaupun mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Tidak bermaksud, membeli rumah selepas berkahwin itu tidak boleh. Terdapat #5 sebab kenapa saya tekankan membeli rumah diusia muda amat perlu, ;
#1. TANGGUNGAN MASIH KURANG
Jika anda sudah mempunyai pendapatan tetap, rancanglah membeli hartanah terlebih dahulu sebelum berumahtangga. Jika  sudah berkahwin dan beranak pinak, perbelanjaan anda sudah pasti tertumpu kepada keluarga anda. Perbelanjaan membeli susu dan makanan sahaja sudah mencecah ratusan ringgit setiap bulan, ini belum termasuk perbelanjaan lain seperti kereta dan utiliti. Lebih parah lagi sekiranya pasangan anda tidak mempunyai pendapatan. Jika ini terjadi,  peluang anda memiliki rumah amatlah tipis!!!
#2. ANSURAN BULANAN LEBIH RENDAH
Bank-bank peminjam lebih mudah memberi pinjaman loan  kepada pembeli yang masih muda dan tidak banyak tanggungan. Jika anda berumur 20 tahun, anda sudah selesaikan pinjaman rumah anda pada umur 45 tahun( jika dikira tempoh pembayaran ialah 25 tahun). Tetapi jika sekiranya umur anda 45 tahun barulah anda membeli rumah, kemungkinan tempoh pembayaran yang diluluskan untuk membayar semula hanyalah 15 tahun.Sudah pasti instalment yang terpaksa anda bayar adalah lebih tinggi.
#3. PELUANG UNTUK MENAMBAH ASET HARTANAH MASIH TERBUKA LUAS
Katakanlah anda seorang kakitangan awam dan membeli rumah sebaik anda bekerja pada umur 20 tahun. Dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pinjaman pertama, gaji anda sudahpun naik lebih kurang 5-10%. Dengan kenaikan pendapatan  ditambah pula dengan income rumah pertama  yang anda sewakan, anda sudah mampu membeli rumah kedua malah ketiga dan seterusnya. 
#4. NILAI  HARTANAH SEMAKIN  TINGGI
Mengambil keputusan untuk membeli rumah atau hartanah diusia muda adalah satu langkah yang sangat bijak. Mereka yang termasuk dalam golongan ini sangat memahami bahawa hartanah adalah satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Bayangkan, rumah flat di kawasan bandar pada 15 tahun lepas sudah mencecah 200% nilainya pada masa ini, malah ada yang  meningkat lebih mendadak dari itu. Rata-rata rakan-rakan saya yang membeli rumah pada ketika amat bersyukur  pada hari ini disebabkan berjaya membuat keputusan tepat  pada ketika itu. Saya tekankan... tiada seorangpun yang MENYESAL!!
#5. ORANG MUDA SANGGUP "IKAT PERUT"
Ini adalah pengalaman dari Penulis  sendiri yang sukar dilupakan, yang mana pada masa kini (berkeluarga) tidak mungkin ada  tragedi " ikat perut". Alasannya, pada ketika itu penulis masih muda, masih sihat dan masih bujang, maka tidak banyak komitmen kewangan yang mengganggu fikiran melainkan diri sendiri dan  ibu bapa .Keinginan membeli rumah menyebabkan penulis terpaksa mengurangkan aktiviti hiburan dan kadangkala kesunyian. Makan minum  sememangnya tidak setaraf dengan rakan lain.Walaupun wang poket  berada ditahap kritikal, saya tidak  terlalu  panik kerana  hanya memikirkan diri sendiri.
Bila difikirkan semula, semua pengorbanan itu ternyata berbaloi!!! 
Walaupun #5 perkara diatas menyokong hujah2 yang saya kemukakan, saya masih percaya selagi ada keinginan  untuk kaya dengan hartanah ..maka sudah pasti masih ada jalannya!!  Dalami ilmu hartanahdiPakej Pelaburan Hartanah Tanpa Modal.


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana minat anda untuk memberi respons...

IKLAN PREMIUM A

IKLAN PREMIUM A
Pemborong pakaian kanak2 RM4.50

TRENDING

Followers

Total Pageviews

Pelawat Setia