Berhati-hati Apabila Online di Cyber Cafe... (",)

. . No comments:


Tip Hacking - Berhati-hati Apabila Online di Cyber Cafe... (",)



Salam...

Korang selalu online dimana? Berhati-hati kalau selalu online di luar seperti Cyber Cafe, kalau boleh check dulu komputer kat situ ada hardware pelik2 tak yang disambungkan pada keyboard yang korang guna. Kalau ada benda pelik macam gambar kat bawah nie, baik korang jangan online di situ.

Benda kat bawah ni adalah "keyboard stroke" yang akan merakam apa sahaja yang korang taip sama ada korang chatting, taip sesuatu dalam word/email dan yang paling bahaya adalah korang masukkan email dan password untuk login apa2 website.



Bayangkan korang login website macam CIMB, Maybank, adeiiii bahaya2, senang je untuk orang lain pecah masuk ke dalam akaun korang. Kalau korang buat transaction guna kredit kad pon bahaya.

Sebenarnya benda ni dicipta untuk kebaikan seperti:-
  • Ibu bapa yang nak memantau apa yang anak2 diorang buat
  • Bos2 nak tengok apa yang pekerja2 dia buat
  • Untuk ingatkan balik kalau kita lupa sesuatu password 
       

Semua ini akan jadi cukup bahaya kalau digunakan untuk tujuan jahat, korang yang selalu online kat luar tu kalau boleh beringat-ingat la ye, kalau boleh bagitau kawan2 sekali. Sekian...



P/s: Benda ni korang nampak, tapi kalau Cyber Cafe tu guna software  yang dapat rakam apa korang buat pon bahaya jugak, jadi berhati-hati la selalu. Bukan tak bagi pegi CC, tapi kalau benda2 yang penting  macam urusan bank, lebih elok dilakukan di rumah.



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana minat anda untuk memberi respons...

IKLAN PREMIUM A

IKLAN PREMIUM A
Pemborong pakaian kanak2 RM4.50

TRENDING

Followers

Total Pageviews

Pelawat Setia