Kerja Oh Kerja, dimanakah kita sekarang????

. . No comments:
Kerja Oh Kerja..... dimanakah kita sekarang????



Assalamualaikum..
Selamat sejahtera semua......

Kenapa kita bekerja? Untuk apakah anda bekerja dan untuk siapakah anda bekerja... Soalan ini mungkin nampak tidak masuk akal kan.... tapi inilah hakikat dalam benak fikiran setiap orang yang bekerja termasuk yang bekerja sendiri....

Ramai yang berlumba-lumba mencari kerja dan ramai juga yang menganggur..... Setiap hari akan ada aje mana-mana syarikat dan juga perkhidmatan awam akan menawarkan kerja dan kita akan cepat-cepat menghantar permohonan untuk mendapatkan jawatan tersebut....

Semua ini sudah menjadi lumrah kehidupan setiap genap lapisan umat di dunia ini.... Tapi pernahkah anda terfikir?????

Adakah kita mencari kerja semata-mata untuk mendapatkan duit semata2????.... Cuba kita fikir kembali.....

Dimanakah rasa cinta kita kepada Sang Pencipta iaitu Allah.... dimanakah masa kita terluang selain daripada melakukan ibadah fardu 5 kali sehari sahaja? Adakah semua itu berbaloi untuk kita.. Adakah khusyuk solat kita?....  Cuba kita fikirkan......

Pernah tak kita terlintas dalam fikiran kita yang mana jika kita tak bekerja kita tidak dapat duit untuk makan,  bayar tempat tinggal, duit minyak kenderaan dan jaga anak bini kita..... Sebab itulah kita patut bersyukur degan rezeki yang Allah bagi kepada kita sekarang ini....... Rezeki yang Allah bagi kepada kita ni adalah ketentuanNya dan percayalah sebenar-benarnya dengan sepenuh hati.....  Cuba kita bayangkan jika Allah tarik semua rezeki kita dengan sekelip mata?????... Kepada siapakah yang kita mampu dambakan???? Pada masa inilah ramai manusia akan meminta-meminta daripada Allah untuk murahkan rezeki????   Tapi time susah je baru nak mintak........... Hurmmmm ,,, kalau time senang... Allah pun dilupakannya..... 

Cuba kita bayangkan... Senang fikir je,....  kalau ada orang masa senang kita jumpa dia.... acuh tak acuh je dia layan kita... mentang-mentanglah dia dah senang kan.... Huh... tapi bila time susah... klaju je dia datang kat kita n mintak tolong... kalau kita sebagai manusia,,, mesti kita malas nak layan kan... itulah manusia...

tapi kalau Allah.... Allah tak akan biarkan hambanya dalam kesusahan tertutam jika hambaNya ingat kepada Nya... Allah Maha Pengahsih dan Penyayang....

Jadi ambillah kesempatan pada masa sekarang ni untuk kita muhasabah diri dan renung-renungkanlah....

Selamat beribadah semua


**p/s: mesej ini disampaikan untuk nasihat diri saya dan pembaca semua... TQ

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana minat anda untuk memberi respons...

IKLAN PREMIUM A

IKLAN PREMIUM A
Pemborong pakaian kanak2 RM4.50

TRENDING

Followers

Total Pageviews

Pelawat Setia